:::Follow me for more comics!:::

Tuesday, May 31, 2011

Karak Movie Review


Pengarah      :Eh, jom kita buat citer seram pulak...
Penulis skrip :Boleh jugak, kita wat citer pasal Highway Karak
Pengarah      :Ok.

Agak-agaknya lah, ni lah dia dialog pengarah dan penulis skrip sebelum
diorang decide nak buat filem seram bertajuk Karak ni.
Tanpa sebarang planning terperinci, KRU studio ni gi terus bikin filem ni
membuatkan filem ni 'kosong' dan tiada 'soul'.

Setibanya saya kat pawagam, Karak dah pun sampai di bahagian di mana
watak2 utama sedang menghadapi traffic jam yg teramat due to
kemalangan.. Maka review saya ni tidak akan menyentuh mengenai
pemulaan filem tersebut ye..Just from the point where i watch it..

Okay, cerita dia macam ni, cer citer cer citer...

Terdapat 4 orang pemuda dalam satu kereta dalam  perjalanan balik ke
 kampus....kut...... sebab permulaannye tak tengok kan,
 so tak berapa tau destinasi diorang.. Ada kemalangan kat jalan raya ni,
then diorang decide lah untuk gunakan jalan lama.. Pastu akibat gangguan
hantu, kereta yang mereka naiki kemalangan dan termasuk dalam sebuah hutan..
Ketika mereka sedang mencari jalan keluar dari hutan itu, mereka terlihat sebuah
pondok. Tuk Malam, pemilik rumah itu menumpangkan mereka di pondok itu.
Setelah itu, mereka diganggu oleh jin kepunyaan isteri Tuk Malam yang
telah meninggal dunia..Kemudian mereka berusaha mencari jalan keluar..

Basically cerita dia;
Dalam perjalanan ke suatu tempat > kemalangan > tersesat dalam hutan
>nampak pondok > tumpang rehat > larikan diri drpd gangguan hantu..

Klise yang teramat..macam cerita-cerita seram yang lain..

Mungkin jalan ceritanya agak klise, tapi mungkin filem ini sarat dengan
mesej yang penting.

Sepanjang menonton filem ini, saya agak tercari-cari apakah mesej yang
ingin disampaikan oleh pengarah.. Namun apa mesej yang saya dapat
hanyalah 'kita janganlah mengabaikan agama dalam kehidupan'. Sebab
dalam cerita ni, 3 orang pemuda tersebut telah pun meninggal dunia
kerana iman mereka yang tidak kuat berbanding seorang pemuda perempuan
ini yang merupakan bekas ustazah Okaylah mesej ni, walaupun agak klise..

Namun, mesej ni semacam tidak ditonjolkan sangat. Mesej ni cuma nampak
semasa Tuk Malam nasihatkan supaya kuatkan iman dan menghayati maksud
Ayat Kursi ketika diganggu makhluk halus. Mesej ini rasanya akan
lebih menonjol sekiranya pengarah menceritakan tentang kisah 4 watak utama itu
yang bergelumang dengan dosa...Dosa apa yang telah mereka buat,
derhaka mak bapak ke, zina ke, sihir orang ke, bunuh orang ke..
Mungkin juga saya tertinggal part ni kut sebab lambat masuk pawagam..

Okay, mungkin juga urban legend highway Karak ini ialah satu-satunya mesej
yang ingin disampaikan. Kalau macam itu, mesti hantunya seram2 kan?

Tak...tak jugak.

Boleh dikatakan cerita ini tak seram langsung.
Ada 3 hantu dalam cerita ni, hantu budak lelaki yang memakai pakaian
sekolah yang mencari emaknye, dan hantu perempuan cantik yang
merupakan emak budak tu lah..Dua-dua hantu ni merupakan hantu
akibat kemalangan jalan raya. Manakala satu lagi hantu ialah
nenek tua yang dikatakan jin milik isteri Tuk Malam yang dahagakan
roh manusia..

Tak nak sentuh pasal mekap hantunya, tapi pasal keseraman hantu ni..
Seriously tak seram langsung! Bunyi OST yang lebih-lebih merupakan
satu-satunya faktor yang memberi shock pada penonton.. bukannya hantunya..
Serius, memang tak seram.
Lainlah kalau anda memang seorang yang takut pada semua benda..

Sebuah cerita yang baik haruslah mempunyai plot twist di endingnye.
Well, twist yang digunakan dalam cerita ini, iaitu karakter2 tu sebenarnya semua
dah mati (kecuali seorang) akibat kemalangan adalah terlampau klise dan gagal membuatkan
"Owhhhhh...." feeling pada diri saya. Maaflah, teknik ini dah digunakan dalam
filem Long Khong dan beberapa filem seram lain..Sila cuba lagi..

Overall : Filem ini tidak seram, tidak mempunyai mesej pengajaran dan yang penting sekali
filem ini bukanlah filem yang akan membuatkan anda berfikir sejenak ketika keluar
daripada pawagam. Mungkin sekali filem yang anda akan lupa dalam masa dua hari.
Tidak salah untuk menontonnya sekiranya anda memerlukan hiburan yang ringan dan
ingin memberikan peluang kepada KRU Studios memandangkan ini merupakan
filem seram pertama mereka. Tetapi jika anda inginkan filem seram yang membuatkan
anda piss dalam seluar, this is not it.

(p/s : Jika anda boleh memberikan peluang pada KRU atas filem seramnye yang pertama,
berilah peluang pada saya atas review movie saya yang pertama)

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Kimi Ni Todoke by Tomofumi Tanizawa

cript>