:::Follow me for more comics!:::

Tuesday, May 31, 2011

Karak Movie Review


Pengarah      :Eh, jom kita buat citer seram pulak...
Penulis skrip :Boleh jugak, kita wat citer pasal Highway Karak
Pengarah      :Ok.

Agak-agaknya lah, ni lah dia dialog pengarah dan penulis skrip sebelum
diorang decide nak buat filem seram bertajuk Karak ni.
Tanpa sebarang planning terperinci, KRU studio ni gi terus bikin filem ni
membuatkan filem ni 'kosong' dan tiada 'soul'.

Setibanya saya kat pawagam, Karak dah pun sampai di bahagian di mana
watak2 utama sedang menghadapi traffic jam yg teramat due to
kemalangan.. Maka review saya ni tidak akan menyentuh mengenai
pemulaan filem tersebut ye..Just from the point where i watch it..

Okay, cerita dia macam ni, cer citer cer citer...

Terdapat 4 orang pemuda dalam satu kereta dalam  perjalanan balik ke
 kampus....kut...... sebab permulaannye tak tengok kan,
 so tak berapa tau destinasi diorang.. Ada kemalangan kat jalan raya ni,
then diorang decide lah untuk gunakan jalan lama.. Pastu akibat gangguan
hantu, kereta yang mereka naiki kemalangan dan termasuk dalam sebuah hutan..
Ketika mereka sedang mencari jalan keluar dari hutan itu, mereka terlihat sebuah
pondok. Tuk Malam, pemilik rumah itu menumpangkan mereka di pondok itu.
Setelah itu, mereka diganggu oleh jin kepunyaan isteri Tuk Malam yang
telah meninggal dunia..Kemudian mereka berusaha mencari jalan keluar..

Basically cerita dia;
Dalam perjalanan ke suatu tempat > kemalangan > tersesat dalam hutan
>nampak pondok > tumpang rehat > larikan diri drpd gangguan hantu..

Klise yang teramat..macam cerita-cerita seram yang lain..

Mungkin jalan ceritanya agak klise, tapi mungkin filem ini sarat dengan
mesej yang penting.

Sepanjang menonton filem ini, saya agak tercari-cari apakah mesej yang
ingin disampaikan oleh pengarah.. Namun apa mesej yang saya dapat
hanyalah 'kita janganlah mengabaikan agama dalam kehidupan'. Sebab
dalam cerita ni, 3 orang pemuda tersebut telah pun meninggal dunia
kerana iman mereka yang tidak kuat berbanding seorang pemuda perempuan
ini yang merupakan bekas ustazah Okaylah mesej ni, walaupun agak klise..

Namun, mesej ni semacam tidak ditonjolkan sangat. Mesej ni cuma nampak
semasa Tuk Malam nasihatkan supaya kuatkan iman dan menghayati maksud
Ayat Kursi ketika diganggu makhluk halus. Mesej ini rasanya akan
lebih menonjol sekiranya pengarah menceritakan tentang kisah 4 watak utama itu
yang bergelumang dengan dosa...Dosa apa yang telah mereka buat,
derhaka mak bapak ke, zina ke, sihir orang ke, bunuh orang ke..
Mungkin juga saya tertinggal part ni kut sebab lambat masuk pawagam..

Okay, mungkin juga urban legend highway Karak ini ialah satu-satunya mesej
yang ingin disampaikan. Kalau macam itu, mesti hantunya seram2 kan?

Tak...tak jugak.

Boleh dikatakan cerita ini tak seram langsung.
Ada 3 hantu dalam cerita ni, hantu budak lelaki yang memakai pakaian
sekolah yang mencari emaknye, dan hantu perempuan cantik yang
merupakan emak budak tu lah..Dua-dua hantu ni merupakan hantu
akibat kemalangan jalan raya. Manakala satu lagi hantu ialah
nenek tua yang dikatakan jin milik isteri Tuk Malam yang dahagakan
roh manusia..

Tak nak sentuh pasal mekap hantunya, tapi pasal keseraman hantu ni..
Seriously tak seram langsung! Bunyi OST yang lebih-lebih merupakan
satu-satunya faktor yang memberi shock pada penonton.. bukannya hantunya..
Serius, memang tak seram.
Lainlah kalau anda memang seorang yang takut pada semua benda..

Sebuah cerita yang baik haruslah mempunyai plot twist di endingnye.
Well, twist yang digunakan dalam cerita ini, iaitu karakter2 tu sebenarnya semua
dah mati (kecuali seorang) akibat kemalangan adalah terlampau klise dan gagal membuatkan
"Owhhhhh...." feeling pada diri saya. Maaflah, teknik ini dah digunakan dalam
filem Long Khong dan beberapa filem seram lain..Sila cuba lagi..

Overall : Filem ini tidak seram, tidak mempunyai mesej pengajaran dan yang penting sekali
filem ini bukanlah filem yang akan membuatkan anda berfikir sejenak ketika keluar
daripada pawagam. Mungkin sekali filem yang anda akan lupa dalam masa dua hari.
Tidak salah untuk menontonnya sekiranya anda memerlukan hiburan yang ringan dan
ingin memberikan peluang kepada KRU Studios memandangkan ini merupakan
filem seram pertama mereka. Tetapi jika anda inginkan filem seram yang membuatkan
anda piss dalam seluar, this is not it.

(p/s : Jika anda boleh memberikan peluang pada KRU atas filem seramnye yang pertama,
berilah peluang pada saya atas review movie saya yang pertama)

Monday, May 30, 2011

Ragam Exam!~

Okey!
Memandangkan sekarang ni tak de apa-apa nak post,
saya nak citer sket laa pasal ragam masa exam mid year lepas..
macam2 ragam saya perhati masa exam tu,
ada yg tidor, ada yang buat sungguh-sungguh, ada yang muka
shock sbb susah sangat (saya pun!!)
seriously, exam tak de la teruk sangat!
exam mmberikan kita hiburan tau tak!
hiburan sebab tgok macam2 ragam manusia..
Apa yang best sekali masa exam ialah..
Masing2 bawak buku ke hulu ke hilir!
Haha!!
Ke perhimpunan, kantin, kelas, library <---gi library of cos bwak buku ek?
Kadang2 siap bawak buku masuk tandas lagi!!

Ragam saya pulak?
Well, saya selalu sangat lupa bawak jam!!!
Akibatnye walaupun masa masih banyak saya terpaksa buat
cepat2 sbb takut masa habis! Hasilnye paham-paham je lah~
Yang tak reti buat tu terus bantai.. haha.. pastu dah siap
saya bukannye nak check semula, tapi terus berKARYA!
hahaha!

Ni lagi satu ragamnye, memang setiap mukasurat akhir kertas pekse
mesti ada aje sketch2 yang tak diperlukan..
Lagi2 masa tu idea mencurah2 macam air terjun..

Pastu yang tak bestnye hampir semua paper ambik masa
2-3 jam! bayangkan, lama tak?
Duduk atas kerusi sambil tangan menulis dan memerah otak selama 3 jam

3 JAM!!

Bila dah 3 jam tu..
well paham2 je la..
pundi kencing nak pecah,
rektum nak meletup!
tapi tahan aje sebab takut tak cukup masa!
Sabo jek la~
Perut pulak berkeroncong berdangdut sebab lapar sangat!
Air masak yg saye bawak dari rumah menjadi mangsa
sebab lapar sangat... hahaha

Memang langsung tak dapat fokus!~

Time exam seni jangan citer la, tangan menggigil!

Hahaha!
Hasilnya dapat la A-..
Papepun Alhamdulillah...

Friday, May 27, 2011

new Ruby Robber The Treasure Hunter : Celestial Crystal









Seperti yang dijanjikan, inilah dia
jeng....jeng....
Ruby Robber The Treasure Hunter: Celestial Crystal versi tulisan komputer!!

Saya ni seorang yg menepati janji, kalau cakap akan siap dalam satu jangka masa,
saya akan cuba sehabis baik untuk siapkan <--------------------TIPU!!!!!

Hahaha..
Seriously, tak de idea nak tulis apa..

Well then, I hope u enjoy it ~

Thursday, May 26, 2011

My First Coloring~



Akhirnya! Haaa...Inilah dia  MY FIRST COLORING!~ Haxx haxx.. okay tak? >__<
Memang dah lama mengidam nak warna lukisan ni..
Terima kasih pada jiranku Saiful Azmi yang meminjamkan Adobe Photoshop nye..
Huk...huk.. Tan[a dia, tak dapatlah nak mengaler ni!~

So, memandangkan dah ada photoshop ni, nampaknye dapatlah jugak saye nak
meletakkan dialog dlm komik saye..Hahaha..

Alhamdulillah... Korang tak payahla nak sepetkan mata lagi bila baca komik
saye ni ha... tau le tulisan  nye burokk.. diam2 sudeh..
haahaha

Ada kesempatan ni baik saya upload skali komik nye ye tak??
tapi cuma siap beberapa muka surat je..



 Dalam masa terdekat ni siaplah dialog untuk
Ruby Robber The Treasure Hunter : Celestial Crystal.

Hehhe..
Tapi rasa macam ada benda yang kurang ek dengan komik ni..
apa ek???

SCREENTONE!!

buat masa ni baru belajar sket2 
macam mane nak wat screentone..

Ok tak screentone yg saye wat ni?
        macam pelik..
@@
 ^______^ tolong berikan komen!
saya perlukan pandangan korang!

Wednesday, May 25, 2011

Lalalala~ Last paper!

Assalamualaikum! Selamat sejahtera semua!!

Wahahaha..
Haha.... ni lah dia karya saya!! Hahaha!
Nampak benor menipunye!
Source : Google <==My best friend!
Lama gila tak update blog! Sibuk sesangat sangat sangat!
Tau tak apa yg sibuk sangatnya?
Exam!!
GRR!
Tiga minggu tau exam! Bukannya tiga hari!
Rase sedih pulak masuk Form 4 ni..
Hahaha..
Takkan la nak berhenti sekolah pulak ek?

Urm, sebenarnya exam lum abis lagi ni.. tapi besok last
paper!! Tak sabar gila! Paper Pendidikan Seni!
Takut + Excited + Nervous!
Nak tau tak sebab apenye nervous?
Pasalnya saya ni bukannya reti mewarna... lagi2 water
colour! memang epic FAIL!!
haha..
Kalau lukisan tu boleh laa..tapi warna??
Haha..
Lagi satu, takut gila sebab langsung tak belajar teori..
Haha..

Tak pe!
I try my best!
Jiayo!!! Gambatte! Usaha!!

Saturday, May 14, 2011

Once Upon A Hectic Holiday!

Seperti yang dijanjikan, saya akan post beberapa muka surat
komik saya di sini!~

~*Once Upon A Time*~

Oscuras,spesies makhluk kegelapan sedang mencuba untuk
mengambil alih dunia. Tertulis di sebuah kitab lama bahawa
penyatuan kuasa Lunar dan Radiant adalah satu-satunya harapan
untuk menghapuskan Oscuras. Pemilik kuasa Lunar pada ketika ini
ialah Putera Crescent Kingdom bernama Valiant....Sementara itu,
pemilik kuasa Radiant ialah Permaisuri Chromosphere Kingdom, Emerith.

Reks, seorang Crescent Knight telah diarah oleh General Crescent Knight
untuk menyelamatkan Permaisuri Emerith yang dimeterai di sebuah menara.

Dan kemudian pengembaraan Reks bermula......





Komik kedua!~

~*Hectic Holiday*~

Komik ini merupakan komik cinta saya yang pertama.. Memang  rasa nervous
jugak nak buat >___<

Cerita ini mengenai Amy yang menyertai lawatan sambil belajar bersama-sama
rakannya.. Namun begitu, lawatan ini juga disertai oleh orang yang dia sukai
secara rahsia, Khairy.. Amy menjadi semakin kalut bila dia ditinggalkan
dalam bas bersama Khairy..Apakah yang berlaku seterusnya, dapatkah
Amy meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya?
Jeng....jeng....jeng....


Sila FOLLOW blog saya untuk mengetahui update-update komik di atas ^_^

Friday, May 13, 2011

Exam, Komik dan Cuti

Pejam, celik, pejam, celik,
tup tup dah sampai pertengahan tahun...
dan bila dah pertengahan tahun ni maksudnye.............

CUTI!!!!!!!!!!!

banyak la cuti! Sebelum cuti tu kita kena lalui satu penyeksaan..

EXAM!!!

Garr!
Seriously untuk kali ni punya exam saya tak berapa bersedia..
memang banyak lagi mata pelajaran yang belum ulangkaji..
Physics, Biology yg membiolkan kepala, Chemistery
yang misteri, dan musuh ketat saya......ADD MATHS!!!!
Bagi saya subjek ni memang payah! Padahal kita tak
aplikasikan pun dalam hidup kita... Betul tak? Menyusahkan jer..
Periksa ni pulak bukan sehari dua je..tapi 3 MINGGU !!
memang culture shock untuk saya yg baru masuk Form 4 nih..

Things couldnt go any worse bila tiba-tiba je idea untuk buat
komik ni mencurah-curah daripada kepala macam air terjun..
Seriously, idea datang tu memangla bagus, Alhamdulillah...
Tapi masalah timing tu ha...time nak periksa macam2
idea leh terkeluar..

Hasilnya, penuh satu exam question paper saya conteng..
lagi-lagi kalau banyak masa lebih sebab siap awal...haha..

Ha, nanti siapla, masuk je cuti terus ambil A4, pensel dan pen..
hahaha

Antara idea saya ialah komik Hectic Holiday, sebuah
komik cinta pertama saya mengisahkan Amy dan Khairy
yang pergi lawatan sambil belajar... nak cerita lagi lanjut kena
stay tune la dengan blog saya ini...
First page nye pun sya dah siapkan..
Hahaha.. bayangkan,  nak periksa masih boleh lagi buat komik..

Second idea..komik Ruby Robber The Treasure Hunter Ch.2..
kali ni Ruby akan menjadi seorang lanun untuk mencari lebih
banyak treasure!! Komik ni menampilkan watak yang istimewa
daripada Once Upon A Time.. Nak tahu siapa? tunggu...

Nanti dulu! Kamu semua tak pernah dengar pasal komik
Once Upon A Time saya????
Ingat lagi tak cover Once Upon A Time dalam post saya yang
pertama? Ha, itulah komiknya! Komik ini adalah komik
bersiri dan sampai sekarang baru siap 20 muka surat..haha
itupun buat masa akhir tahun lepas..saya akan uploadnye
jugak di blog ni..

TAPI.....

ada satu masalah sikit; DIALOG!
Kalau nak letak dialog menggunakan komputer, kena guna
Adobe Photoshop.. dan sekarang, Adobe Photoshop CS3
ada pada saya sekarang ini tak dapat di-install! Saya
betul-betul tak tau apa masalahnye.. Kalau masalah ni
tak selesai, kamu semua memang tak berpeluang laa nak
baca komik saya... Tak pun, boleh baca, tapi dengan
tulisan tangan, macam Ruby Robber The Treasure Hunter:
Celestial Crystal.....nampak blur...(tulisan pun buruk!!)

Hahahaha...
Okay.. nanti kita lihat macam mana, kalau boleh memang
ada rezeki laa..

(p/s: Saya akan post kan first page komik Hectic Holiday,
 dan Once Upon A Time pada masa terdekat ini. STAY TUNE!!)

Friday, May 6, 2011

Ruby Robber The Treasure Hunter : Celestial Crystal


Hello semua!
Ini komik pertama yang saya buat bertajuk
:::Ruby Robber The Treasure Hunter:::
komik ini dibuat pada tahun 2010 (taun lepas)
sebenarnya tujuan buat komik ini ialah untuk hantar
pada GempakStarz Pertandingan Bakat Baru Komik
tapi tahun itu tak buat sebab pertandingan ini cuma
2 tahun sekali jek..
Sorylah, dialog komik ini bertulis tangan sebab saya 
tak berapa reti nak taruk dialog guna komputer..
boleh ajarkan  tak?
lukisan ni pun blur2..sbabnya kat atas tu ada lapik
tracing paper( dialog tulis kt tracing paper)
Okay, nak citerkan sikit lah pasal karakter yang ada
kat komik pendek ni..

Ruby Robber merupakan seorang Felfolk( Felyne Folk),
dia bekerja sebagai Treasure Hunter yang kerjanya ialah
cari barang berharga yang diminta oleh pelanggan
pastu jual pada pelanggan tersebut... Ala2 Monster
Hunter jugaklah..tapi dia hunt treasure jek..
Ein Maverick merupakan seorang Witch. Dia ini pulak
kerjanya mencari kristal2 yang sesuai untuk ritual magic
untuk pulihkan emaknya yang mempunyai penyakit
misteri.. Dia ini merupakan orang yang paling dibenci
Ruby..tapi dia ni merupakan karakter feveret saya ^^
okay! silalah baca! Maaf atas segala kesulitan !


















Thursday, May 5, 2011

My First Blog Post! Hello Everyone!

Assalamualaikum! Selamat sejahtera! Salam 1Malaysia!
Saya ucapkan terima kasih dan selamat datang kerana
 sudi datang mengunjungi blog saya ini.. Bagi sesiapa
 yang tidak mengenali diri ini, nama saya Mohamad
Nur Al Hakim desu! Saya minat gila pada anime
manga game! kira otaku la orang jepun panggil..
well, sebenarnya tujuan utama saya buat blog ini
pun untuk publisiti komik2 yang saya sedang
buat..lukisan saya tidaklah setanding lukisan orang
lain tetapi saya berharap kamu dapat meluangkan sedikit masa
untuk membaca dan meneliti karya saya... jika
ada sebarang nasihat / idea/ kritikan, saya
 harap anda semua dapat memberikannya di ruangan
comment.. saya akan menerimanya dengan hati yang
terbuka... Saya akan terus
berusaha untuk terus menghasilkan komik
bagi menghiburkan hati pembaca semua!
Ok! That's all!


Search This Blog

Kimi Ni Todoke by Tomofumi Tanizawa

cript>